Speedy Tigers 'dibedil' China 4-2

Speedy Tigers ‘dibedil’ China 4-2

MUHAMMAD Azrai Aizad Abu Kamal ketika diasak pemain China pada Trofi Juara-juara Asia 2024 di Inner Mongolia, China, hari ini. - IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki lelaki negara terpaksa menelan kekecewaan apabila tewas kepada pasukan No. 23 dunia, China 4-2 pada Trofi Juara-juara Asia, sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Sarjit Singh itu terikat 1-1 sebelum waktu rehat apabila Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menjaringkan gol padang pada minit ke-14.

Babak kedua menyaksikan pertahanan Speedy Tigers kian goyah apabila China meledak dua gol menerusi Gao Jiesheng dan Lin Changliang pada minit ke-32 dan 40 permainan.

Malaysia yang enggan mengalah dalam baki 10 minit permainan, menyaksikan penyerang sensasi negara, Faizal Saari menyempurnakan pukulan sudut pada minit ke-50.

Speedy Tigers kelihatan kesuntukan masa untuk menyamakan kedudukan dan akhirnya mereka terpaksa menerima kekalahan apabila Chao Jieming menyempurnakan penalti strok empat minit sebelum tamat permainan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya