Speedy Tigers berdebar tunggu keputusan China

Speedy Tigers berdebar tunggu keputusan China

FAIZAL Saari dihalang pemain Korea Selatan dalam aksi ACT 2024-IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Peluang untuk skuad hoki negara negara mara ke separuh akhir kejohanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2024 bergantung kepada keputusan China menentang Jepun,

Ini selepas anak-anak buah Sarjit Sing gagal mencapai objektif untuk mencatat kemenangan ke atas Korea Selatan bagi mengesahkan kemaraan ke separuh akhir ACT 2024.

Pada aksi terakhir peringkat liga sepusingan yang berlangsung di Inner Mongolia, China sebentar tadi, Speedy Tigers terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 3-3 dengan Korea.

Ketika Malaysia sedang berkira-kira untuk melayakkan diri ke separuh akhir menerusi kedudukan 3-2, Korea berjaya menyamakan kedudukan ketika perlawanan berbaki dua saat hasil pukulan sudut penalti (PC) Yang Ji Hun.

Justeru, Speedy Tigers perlu mengharapkan China tewas ataupun sekurang-kurangnya mencatat keputusan seri menentang Jepun sebentar lagi bagi meneruskan kemaraan ke pentas separuh akhir.

“Sejujurnya, kami berhak untuk menang kerana pemain-pemain sudah memberikan segala-galanya di atas padang. Mereka bermain dengan baik, terutamanya bermula di suku kedua hingga tamat perlawanan.

“PC terakhir yang diterima Korea memang menjadi persoalan mengapa pengadil memberikannya tetapi kami tidak boleh buat apa-apa. Semua bergantung pada perlawanan antara China dan Jepun untuk mengetahu kedudukan terakhir kami,” kata Sarjit.

Dalam aksi menentang Korea, Malaysia menjaringkan tiga gol menerusi jaringan Azrai Abu Kamal, Norsyafiq Sumantri dan Faizal Saari manakala gol Korea dijaringkan Ji Hun (2 gol) dan Park Cheoleon.

Sebagai rekod, Malaysia sekadar melakar satu kemenangan daripada lima aksi round robin, iaitu ketika menewaskan Jepun 5-4 kelmarin, selain mencatat dua kekalahan dan dua seri bagi menamatkan saingan dengan lima mata.

Pada edisi tahun lalu, Speedy Tigers yang dibimbing Arul Selvaraj muncul sebagai naib juara selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir sebelum tewas 3-4 kepada India.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN