Snuker acara baharu Sukan Melaka 2024

Snuker acara baharu Sukan Melaka 2024

VP. SHANMUGAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Acara snuker akan dipertandingkan pada temasya Sukan Melaka 2024 bagi merebut Piala Ketua Menteri untuk tahun kedua bermula di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dari 22 September hingga 16 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk VP. Shanmugam berkata, ia diselitkan sebagai salah satu daripada enam acara dipertandingkan atas permintaan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Menurutnya, bagi peringkat Parlimen pula, pusingan akhir bakal berlangsung dari 17 November
hingga 15 Disember ini manakala lima acara yang dikekalkan adalah bola sepak, futsal, sepak takraw, bola keranjang dan bola jaring.

“Kita jangkakan sebanyak 25,000 orang dari 28 DUN akan menyertai enam acara sukan yang akan dipertandingkan pada temasya kali ini. Tidak banyak perubahan melainkan acara snuker menjadi acara sukan terbaharu dipertandingkan dan saya yakin ia akan mendapat penyertaan yang ramai.

“Kerajaan negeri amat menggalakkan penyertaan masyarakat setempat daripada semua 28 Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN (Japerun),” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penganjuran Sukan Melaka 2024 di Majlis Sukan Negara (MSN), Krubong di sini, hari ini.

Tambah Shanmugam, penganjur mengambil keputusan melonggarkan syarat pertandingan dengan membenarkan bekas pemain kebangsaan berusia lebih 40 tahun beraksi dalam semua acara.

Beliau berkata, setiap peserta diingatkan tidak bertanding mewakili dua Japerun kerana ia menjadi kesalahan besar.

“Pada temasya pertama dianjurkan tahun lalu, bekas pemain kebangsaan tidak dibenarkan untuk turut serta. Tahun lalu kita berjaya mengesan seorang pemain sepak takraw yang bermain untuk dua pasukan iaitu Asahan dan kemudiannya mewakili Duyong,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya