Skuad B-19 wajib tumpaskan Tajikistan

Skuad B-19 wajib tumpaskan Tajikistan

SKUAD B-19 negara menjalani latihan menjelang pertembungan dengan Tajikistan, malam ini.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara perlu berwaspada dan tidak mengambil mudah cabaran tuan rumah Tajikistan dalam pertembungan Kumpulan E kelayakan Piala Asia B-20 2025, malam ini.

Ketua jurulatih skuad B-19, Juan Torres Garrido berkata, momentum cemerlang ketika menumpaskan Oman 2-1 dan mengikat Korea Utara 0-0 perlu diteruskan bagi memastikan tiket ke Piala Asia tahun hadapa menjadi milik Malaysia.

“Pasukan telah memulakan kempen kelayakan dengan baik, mengumpul empat mata dari dua perlawanan. Kami mesti kekal positif menjelang perlawanan menentang Tajikistan yang merupakan pasukan kuat.

“Kami sentiasa berwaspada dengan tekanan yang bakal diberikan tuan rumah kerana mereka juga memiliki kelebihan beraksi di tempat sendiri,” katanya.

Menurut Garrido, masa rehat yang cukup digunakan sebaiknya barisan kejurulatihan untuk proses pemulihan bagi memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik sebelum aksi menentang Tajikistan.

“Kami perlu memastikan pemain pulih dengan baik dan bersedia menghadapi cabaran seterusnya. Kami bertekad untuk terus kukuh dan konsisten,” tambahnya.

Malaysia kini berada di tempat kedua Kumpulan E, dengan Korea Utara mendahului berdasarkan perbezaan tiga mata selepas menang 2-0 ke atas Tajikistan, kelmarin.

Dalam masa yang sama, Garrido berbangga dengan dedikasi dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pemain dalam sesi latihan.

“Mereka menunjukkan semangat yang tinggi untuk membawa kebanggaan kepada peminat bola sepak di negara ini. Kami harus terus menunjukkan kemajuan selepas setiap perlawanan yang dilalui,” ujarnya.

Untuk rekod, johan kumpulan dan lima pasukan naib juara terbaik akan layak beraksi di Piala Asia B-20 pada tahun hadapan yang akan berlangsung di China.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya