Skuad B-19 negara pamer aksi konsisten

Skuad B-19 negara pamer aksi konsisten

AKSI skuad bawah 19 tahun (B-19) negara ketika berdepan Korea Utara dalam perlawanan kedua Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025 di Stadium Republican Central, Dushanbe, Tajikistan, kelmarin yang menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.- IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengurus skuad bawah 19 tahun (B-19), Datuk Mohd Joehari Ayub tetap berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan pemain negara biarpun terikat tanpa jaringan dengan Korea Utara dalam aksi kedua Kumpulan E kempen kelayakan Piala Asia B-20 2025, kelmarin.

Dalam aksi berkenaan, skuad kendalian Juan Torres Garrido berpeluang untuk mencipta kemenangan selepas lawan terpaksa beraksi dengan 10 pemain selama 30 minit apabila Jong Un Hyok dilayangkan kad merah pada aksi yang berlangsung di Stadium Republican Central, Dushanbe, Tajikistan.

Bagaimanapun, lawan tidak memberi laluan mudah kepada pasukan negara dengan anak-anak buah Garrido terpaksa bekerja keras untuk mengekang asakan lawan dan mereka dilihat beruntung kerana sekurang-kurangnya meraih satu mata penting dalam aksi berkenaan.

“Secara keseluruhan, bukan mudah untuk Malaysia bermain menentang dua pasukan besar seperti Oman dan Korea Utara. Bagaimanapun, secara peribadi saya bersyukur kami seri perlawanan semalam (kelmarin) dan mendapat empat mata daripada dua perlawanan.

“Kita ada beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol pada babak pertama dan kedua bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Skuad B-19 negara kini menduduki tangga kedua selepas menewaskan Oman 2-1 dalam aksi pertama di venue yang sama pada Sabtu lalu dan mereka dijadual menentang tuan rumah, Tajikistan, Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Joehari yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengakui beberapa kelemahan pasukan telah dikenalpasti menjelang pertemuan Tajikistan.

“Beberapa aspek utama pasukan telah dibaiki dan perlu dibaiki terutamanya bahagian jentera serangan pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya