Sejujurnya sedih tetapi saya hormati penyokong- Syamer Kutty

Sejujurnya sedih tetapi saya hormati penyokong- Syamer Kutty

SKUAD Harimau Malaya perlu menilai semula prestasi pemain warisan sedia ada berdasarkan persembahan mereka dalam aksi antarabangsa. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain tengah skuad kebangsaan, Syamer Kutty Abba mengakui sedih dengan tindakan segelintir penyokong yang bertindak memboikot Pestabola Merdeka 2024.

Katanya, penyokong adalah pembakar semangat kepada semua pemain apabila beraksi di atas padang, namun jika mereka sudah tekad untuk terus boikot maka ia diluar kawalannya sebagai pemain.

Bagaimanapun, Syamer enggan menjadikan tindakan itu sebagai alasan untuk pasukan kebangsaan bermain sambil lewa, sebaliknya mereka tetap akan berusaha keras memburu kemenangan ke atas Filipina pada aksi pertama kejohanan tersebut di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini.

Dalam masa sama, pemain berusia 26 tahun itu berharap kemenangan ke atas Filipina dapat membuka kembali hati penyokong untuk hadir ke stadium bagi memberi sokongan kepada Harimau Malaya dalam aksi seterusnya.

“Bola sepak adalah untuk penyokong, kami bermain pun untuk penyokong. Jadi, perkara itu (penyokong boikot) satu benda yang menyedihkan kerana kami datang ke sini adalah untuk mereka.

“Namun, ia satu benda yang kami tidak boleh kawal. Kami akan beri sesuatu kepada penyokong untuk yang tak datang pada perlawanan pertama supaya mereka hadir pada aksi kedua dan beri sokongan kepada kami.

“Kami akan dapatkan kemenangan dan tunjukkan yang kami bersatu. Bagi saya secara peribadi, ia sesuatu yang menyedihkan tapi ia di luar kawalan kami.

“Apa yang kami boleh berikan adalah permainan yang terbaik. Saya percaya ramai yang mahu menonton permainan kami,” katanya.

Terdahulu, segelintir penyokong termasuk Ultras Malaya sebelum ini melancarkan kempen boikot Pestabola Merdeka 2024 sebagai tanda protes terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tindakan itu, menyaksikan jualan tiket perlawanan bagi aksi pertama kejohanan itu suram apabila terdapat laporan bahawa setakat kelmarin, tidak sampai 1,000 keping tiket terjual.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya