PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan sudah menghubungi pemain warisan Malaysia yang kini beraksi di Liga Eredivisie Belanda, Sem Scheperman.
Pemain tengah berusia 22 tahun itu dikatakan sudah dihubungi FAM mengenai masa depan untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaysia pada masa akan datang.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman pencari bakat warisan, FR Future Talents di Instagram baru-baru ini.
“Pemain Belanda-Malaysia, Sem Scheperman telah berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Malaysia dan mereka (FAM) telah menghubunginya mengenai peluang untuk mewakili Pasukan Kebangsaan Malaysia.
“Sem Scheperman antara pemain yang menjadi sasaran untuk dibawa ke Malaysia,” lapor Fr Future Talents di laman Instagram baru-baru ini.
Jika usaha membawa pemain kelab Heracles Almelo itu menjadi kenyataan, pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente pasti mempunyai banyak pilihan di jentera tengah
Untuk rekod, Scheperman telah membuat empat penampilan musim ini bersama Heracles Almelo, kesemuanya sebagai pemain gantian.
Sebelum ini, FAM memaklum pemain tengah, Wan Kuzain Wan Kamal akan beraksi bersama Harimau Malaya manakala pertahanan kanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl juga ada dalam perancangan.-UTUSAN