Sarjit hampa pemain lepaskan gol mudah

Sarjit hampa pemain lepaskan gol mudah

AKSI pemain negara ketika berdepan Jepun dalam aksi penentuan tempat kelima dan keenam Trofi Juara-juara Asia 2024- IHSAN KHM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih hoki kebangsaan, Sarjit Singh mengakui kecewa selepas Speedy Tigers menamatkan saingan Trofi Juara-juara Asia 2024 di kedudukan tercorot.

Impian Speedy Tigers sekurang-kurang berada di tempat kelima daripada enam pasukan di kejohanan itu berkecai apabila tumpas 2-4 menerusi penentuan shoot-out kepada Jepun.

Dalam aksi d Inner Mongolia, China itu, kedua-dua pasukan terikat 4-4, sekali gus memaksa pemenang ditentukan menenrui penalti shoot-out dengan Jepun lebih bernasib baik.

Menurut Sarjit, anak buahnya membuat kesilapan mudah yang membuka peluang kepada Jepun untuk memberi serangan balas bagi menyamakan kedudukan.

“Kami ada peluang untuk menjaringkan gol namun kurang klinikal di dalam kawasan ‘D’. Kami juga melepaskan gol yang agak mudah dan membenarkan Jepun untuk membangkit semula.

“Berlaku sekali lagi kami mendahului dan membenarkan lawan bangkit dengan memberikan gol yang tidak sepatutnya.

“Pemain berusaha keras namun kesilapan mudah memusnahkan harapan kita untuk memenangi perlawanan pada hari ini (semalam),” kata Sarjit selepas perlawanan itu.

Dalam penentuan shoot-out, hanya Faizal Saari dan Norsyafiq Sumantri yang berjaya menyempurnakan tugasan diberikan.

Kegagalan Speedy Tigers di ACT 2024 ini mengundang pelbagai kritikan selepas Malaysia dibedal 8-1 oleh India selain turut tumpas 2-4 kepada pasukan dianggap kerdil, China.

Anak buah Sarjit hadir ke kejohanan itu dengan impian besar untuk sekurang-kurangnya melangkah ke final selepas muncul naib juara pada edisi lalu selepas tewas 2-3 kepada India.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN