KUALA LUMPUR: Sabah yang kembali menyertai Kejohanan Kriket Antara Negeri memastikan peluang beraksi dalam perlawanan akhir dicapai apabila menewaskan Selangor dengan 17 larian di Kelab Aman, semalam
Walaupun kalah undian dan dipaksa memukul terdahulu, Sabah menggembleng tanggungjawab untuk mengumpulkan 240 larian untuk sembilan wiket dalam 40 over.
”Kami yakin dengan angka itu. Bukan mudah untuk dikejar lawan di permukaan Kelab Aman yang kasar ini,” kata Setiausaha Persatuan Kriket Sabah, Hatta Patombongi.
Selangor bersaing baik dalam sesi awal dengan mengumpulkan 67-2 dalam 10 over tetapi tidak berkemampuan dengan beberapa jatuhan wiket penting. Selangor hanya memukul setakat 223 larian dalam 37.4 over.
Sabah yang menjuarai Perisai Raja-Raja pada tahun 1996 dan 1997 berhasrat mempamerkan aksi sebenar walaunpun tumpas dalam perlawanan awal kepada Negeri Sembilan.
KEPUTUSAN PENUH
Sabah kalahkan Selangor dengan 17 larian.
Sabah 240-9 (40 over) Hamzah Panggi 77; Afiq Jabri Bahri 48; Qayyum Khan Blukeni 23. Trisman Rudi 4-31; Ashraf Azmi 2-31.
Selangor 223 (37.4 over) Razman Zabri 43; Syahmi Zufayri 39. Nazrie Abdullah 3-40; Hamzah Panggi 2-48.
Pemain terbaik: Hamzah Panggi (SAB)
Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Bertle Alex James (NS)
Pencatat: Ammar Uzair Fakri (JOH)
Pengurus perlawanan: Arina A. Rahim (Pk)
JADUAL 7 SEPTEMBER 2024
(Babak akhir)
NEGERI SEMBILAN lwn SABAH
(Kelab Aman, 10 pagi)