Roy King semakin ‘ghairah’ selepas pulih kecederaan

Roy King semakin ‘ghairah’ selepas pulih kecederaan

PASANGAN beregu lelaki negara, Arif Junaidi dan Yap Roy King akan bersaing di Terbuka Hong Kong hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Yap Roy King sedia bersaing menjelang kejohanan Terbuka Hong Kong 2024, hari ini selepas 100 peratus pulih daripada kecederaan kaki kanannya.

Pemain berusia 24 tahun itu bersama pasangannya, Arif Junaidi akan kembali ke gelanggang selepas hampir tiga bulan berehat berikutan kecederaan yang dialami.

Menurut Roy King, beliau menyasarkan untuk berada di kelompok suku akhir terlebih dahulu kerana enggan memberi tekanan yang tinggi dan hanya mahu mencari rentak selepas rehat dari kejohanan dalam tempoh yang lama.

“Saya baru sahaja lepas pulih daripada kecederaan dan tidak mahu meletakkan tekanan yang begitu tinggi. Saya hanya mahu memberi 100 peratus permainan yang baik.

“Minggu lalu, saya baru memulakan latihan bersama Arif dan tidak boleh terlalu berintensiti tinggi. Kita masih cari rentak permainan dalam gelanggang. Saya juga perlu jaga pemakanan supaya pemulihan itu berjalan lancar,” kata Roy King.

Ditanya berkenaan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang bergerak secara profesional awal bulan ini, Arif meluahkan rasa sedih kerana tiada lagi rakan regu bersama mereka semasa latihan.

“Bagi kami bukan peluang kepada kami (selepas Sze Fei-Nur Izzuddin bergerak profesional) sebab kita kehilangan gandingan yang cukup ampuh. Kita juga sedih sebab tidak dapat rakan regu bersama kerana kami sering berlawan semasa latihan,” kata Arif.

Kejohanan terakhir Arif-Roy King sertai ialah Terbuka Australia yang mana mereka tersingkir kepada pasangan Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh 21-14, 21-17 pada aksi suku akhir, Jun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN