Pengadil snuker dakwa MBSF salah guna kuasa

Pengadil snuker dakwa MBSF salah guna kuasa

PENGADIL snuker kebangsaan dan Asia, Ithmayudin Zulkifli (kiri) bersama Murphy Chan menunjukkan laporan polis terhadap Persekutuan Snuker dan Billiard (MBSF) pada sidang akhbar, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengadil dan pemain snuker kebangsaan menggesa untuk mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku dalam Persekutuan Snuker dan Billiard (MBSF).

Pengadil snuker kebangsaan dan Asia, Ithmayudin Zulkifli mendakwa bahawa beberapa pemain dan pengadil yang ditauliahkan di bawah MBSF telah dianiaya berikutan digantungkan tanpa sebab serta tiada sebarang surat rasmi yang dikeluarkan oleh badan induk berkenaan.

Menurutnya, beliau telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Setiausaha Agung MBSF, Iskandar Perwira Putra berikutan salah guna kuasa dan pecah amanah.

“Apa yang berlaku kepada saya sebagai pengadil dan juga terhadap pengadil baharu langsung tiada protokol. Malah MSBF tidak ada etika malah turut membuat fitnah untuk menjatuhkan maruah saya.

“Pada mulanya saya digantung hanya sekadar cakap mulut oleh setiausaha agung kerana dia tidak dapat wang secara penuh dari saya kerana saya menganjurkan kejohanan pada awal 2023 di Kuala Lumpur.

“Dari situ, masalah menjadi berpanjangan kepada salah laku tanpa ada sebarang perjumpaan sehingga kini oleh MBSF. Jadi saya tunggu surat hitam putih dari persatuan dan akhirnya dikeluarkan oleh setiausaha sendiri iaitu Iskandar yang mengatakan saya digantung selama dua tahun dan tidak boleh terlibat dalam sebarang kejohanann mahupun menjadi pengadil.

“Ini adalah satu tindakan yang tidak beretika dibuat ke atas saya malah juga kepad pemain terdahulu yang juga digantung tanpa sebarang hitam putih atau surat rasmi dari MSBF. Selain itu, setiausaha juga telah melakukan kutipan yuran kursus pengadilan tetapi duit tersebut
masuk ke poket sendiri.

“Sebab itu, saya membuat laporan dan SPRM ambil maklum akan perkara ini,” kata pada satu sidang media khas yang dilakukan di ibu negara, hari ini.

Dalam pada itu, Ithmayudin menaruh harapan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) agar melakuan siasatan penuh terhadap MSBF supaya melakukan perubahan serta membuat pemilihan baharu agar badan induk tersebut lebih ke arah profesional.

“Kita juga berharap, KBS dan juga PJS segera ambil tindakan dan buat juga EGM dengan kadar segera untuk melakukan pemilihan baharu. Saya juga difahamkan ahli gabungan MSBF ketika ini hanya tinggal empat, jadi PJS perlu lakukan sesuatu dan menyiasat akan perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya