Pemain KL City lupakan masalah, kekal profesional

Pemain KL City lupakan masalah, kekal profesional

Pemain Kedah Darul Aman FC, Muhammad Azim Anuar (kanan) cuba mengejar bola dari Pemain Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue pada perlawanan Liga Super antara Kuala Lumpur City FC menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Bola Sepak Cheras. GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Kuala Lumpur (KL) City FC, Miroslav Kuljanac gembira dengan komitmen pemain biarpun mereka berdepan masalah yang sama dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC musim ini.

Kuljanac masih beruntung dapat menurunkan pemain-pemain utama dalam aksi berdepan KDA FC ketika Nafuzi Zain terpaksa menggunakan skuad bawah 23 tahun dalam pertembungan kedua-dua pasukan, kelmarin.

“Saya gembira dengan komitmen pemain yang terus menyatakan kesungguhan untuk bermain dan mereka percaya semuanya akan menjadi baik. Saya gembira kerana pemain profesional dan datang menghadiri sesi latihan.

“Mungkin KDA FC dan KL City FC ada cerita yang berbeza ketika ini tetapi saya harap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” kata Kuljanac selepas perlawanan, kelmarin

Untuk rekod, KDA FC tidak dapat menurunkan skuad terbaik mereka ketika menentang KL City FC selepas pemain memboikot sesi latihan dan memilih untuk tidak turun beraksi dalam aksi Liga Super itu.

Mengulas kemenangan besar ke atas kedah, Kuljanac melihat anak buahnya tampil dengan aksi yang diperlukan dan turut berpuas hati dengan keputusan 5-0 yang dilakar keatas ubi muda Kedah.

“Ia satu keputusan yang baik, kita tidak perlu sampai 100 peratus untuk menentang pasukan lawan yang dibarisi pemain muda. Mungkin ada jurulatih yang gemar membelasah untuk mendapatkan kemenangan besar ke atas pasukan seperti ini.

“Tetapi mereka tidak sepatutnya dilayan seperti itu kerana mereka bermain untuk pasukan mereka. Mereka juga bermain dengan baik, kita pun bermain seperti yang diperlukan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya