Peluang Aaron-Wooi Yik masih terbuka ke Jelajah Dunia Akhir

Peluang Aaron-Wooi Yik masih terbuka ke Jelajah Dunia Akhir

AARON- Wooi Yik kini bersedia untuk kembali ke gelanggang selepas berehat panjang sejak Sukan Olimpik Paris.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Peluang untuk beregu lelaki No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik beraksi di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Disember ini, masih terbuka.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berkata, Terbuka Arctic 2024 bakal menjadi kejohanan pertama mereka selepas merangkul gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, Ogos lalu.

Jurulatih berasal dari Indonesia itu menambah, peluang gandingan No. 5 dunia itu masih terbuka untuk layak, namun memerlukan masa untuk kembali kepada momentum seperti sedia kala.

“Mereka (Aaron-Wooi Yik) sudah berlatih seperti biasa dan kita harus menekankan mereka kepada ‘feeling’ dalam kejohanan itu. Hampir dua minggu dia (Wooi Yik) tidak pegang raket.

“Memang Aaron sudah tanya (berkenaan kejohanan), mungkin mahu beraksi di Korea Masters selepas terlepas Terbuka Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan China.

“Mereka masih boleh layak ke Jelajah Dunia Akhir jika menjuarai Terbuka Arctic 2024,” kata Rexy kepada pemberita ketika ditemui ABM, semalam.

Wooi Yik sebelum ini terlepas siri jelajah susulan dibelenggu kecederaan selepas retak tulang jari kanan pada perlawanan separuh akhir Olimpik Paris 2024.

Mengikut format kejohanan, hanya lapan teratas dan dua wakil dari negara yang sama ranking Jelajah Dunia yang layak ke pertandingan terbabit.

Berdasarkan kedudukan semasa ranking Jelajah Dunia, Aaron-Wooi Yik kini berada di carta ke-15 dan terdapat tiga beregu negara di hadapan mereka iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (No 5), Man Wei Chong-Tee Kai Wun (No 7) dan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri di ranking kelapan.

Bekas juara dunia 2022 itu masih berpeluang memburu mata ranking menerusi baki tujuh siri jelajah dalam misi melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir menerusi Terbuka Arctic (8-13 Oktober); Terbuka Denmark (15-20 Oktober); Terbuka Hylo (20 Oktober-3 November); Korea Masters (5-10 November); Jepun Masters (12-17 November); China Masters (19-24 November); dan Kejohanan Antarabangsa Syed Modi India (26 November-1 Disember).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya