Mampukah Pearly-Thinaah akhiri kemarau gelaran di Hong Kong?

Mampukah Pearly-Thinaah akhiri kemarau gelaran di Hong Kong?

PEARLY-THINAAH akan beraksi di Terbuka China yang bermula hari ini di Pusat Sukan Olimpik Changzhou, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah mahu kekal fokus dan berpijak di bumi yang nyata menjelang perlawanan akhir menentang seteru ketat dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning pada final Badminton Terbuka Hong Kong di Kowloon, Hong Kong, hari ini.

Gandingan No. 8 dunia itu berpeluang menamatkan kemarau gelaran, selepas mengejutkan pasangan No. 2 dunia yang juga pilihan pertama, Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan 22-20, 17-21, 21-15 dalam aksi yang berlanjutan selama lebih sejam pada separuh akhir, semalam.

Kejayaan itu juga menyaksikan mereka berjaya mara ke perlawanan akhir buat kali kedua berturut-turut setelah dua minggu lalu Pearly-Thinaah menundukkan lawan yang sama juga di separuh akhir Terbuka Korea Selatan.

Kali terakhir Pearly-Thinaah merangkul gelaran ialah pada kejohanan berstatus Super 750 di Terbuka Perancis, dua tahun lalu.

Hari ini, peluang itu datang lagi dan Pearly-Thinaah perlu melepasi halangan getir menentang Sheng Shu-Ning setelah pasangan No. 3 dunia itu menewaskan gandingan kesembilan dunia, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dari Korea Selatan 21-12, 18-21, 21-16.

Kali terakhir Pearly-Thinaah berdepan beregu China tersebut ialah pada suku akhir Terbuka Jepun, Ogos lalu, namun, mereka tumpas 21-17, 14-21, 10-21.

Thinaah berkata, dia gembira kerana sekali lagi berjaya melangkah ke perlawanan akhir,, tetapi sedar tugas berat menanti mereka berdua menentang pasangan China.

“Kami perlu terus fokus dan terus berpijak di bumi nyata menjelang perlawanan akhir, esok (hari ini), amat penting untuk kami saling berkomunikasi serta percaya antara satu sama lain,” katanya sewaktu ditemu bual oleh BWF, semalam.

Mengulas mengenai aksi separuh akhir, pemain berusia 26 tahun itu memberitahu, permainan agresif yang dipamerkan dia dan Pearly banyak membantu mereka mengutip mata.

“Kami pernah tewaskan mereka (pada Terbuka Korea) menerusi kemenangan straight set, tetapi, kali ini mereka berjaya mengheret kami bermain sehingga ke set penentuan.

“Mereka berjaya beri tekanan kepada kami terutama dalam set kedua, namun, kami akhirnya berjaya juga menang untuk ke final,” ujarnya.

Sementara itu, Pearly pula amat berharap mereka akan terus beraksi lebih konsisten dalam setiap perlawanan selepas berjaya keluar daripada kemerosotan prestasi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya