LTdL 2024: Dataran Lang kembali memeriahkan Majlis Pengenalan 22 pasukan - Utusan Malaysia

LTdL 2024: Dataran Lang kembali memeriahkan Majlis Pengenalan 22 pasukan

MAJLIS Pengenalan 22 Pasukan disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin (tengah) serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli. - UTUSAN/SHIDDIQIIEN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Dataran Lang seperti edisi sebelum ini sekali lagi menjadi destinasi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024, malam tadi.

Majlis terbabit disempurnakan oleh Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.

Seramai 132 pelumba yang mewakili 22 pasukan berstatus World Team, ProTeam, Continental dan pasukan kebangsaan bakal menyajikan saingan sengit pada edisi ke-38 ini.

Perlumbaan Peringkat 1 sejauh 96.5 kilometer (km) yang akan bermula di Kuah mengelilingi Pulau Langkawi serta pelumba akan mengharungi satu pendakian kategori empat di Look Out Point Langkawi.

Selain itu, Harbour Park, Bayas dan Padang Mat Sirat menjadi lokasi untuk zon perlumbaan pecut.

Perlumbaan LTdL 2024 akan bermula esok di Pulau Langkawi bagi Peringkat 1 diikuti Arau-Butterworth (Peringkat 2), Taiping-Cameron Highlands (Peringkat 3), Kuala Kubu Baru (Peringkat 4), Kuala Lumpur-Melaka (Peringkat 5), Batu Pahat-Kulai (Peringkat 6), Miri-Bintulu (Peringkat 7), dan Bintulu (Peringkat 8).

Untuk rekod, kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis berkenaan adalah pada tahun 2018 lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya