Liek Hou, Muhammad Fareez hampir cipta sejarah

Liek Hou, Muhammad Fareez hampir cipta sejarah

CHEAH Liek Hou (dua dari kanan) dan Muhammad Fareez Anuar (dua dari kiri) layak ke separuh akhir Sukan Paralimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kem para badminton negara semakin hampir mencipta sejarah selepas Cheah Liek Hou dan Muhammad Fareez Anuar berjaya melangkah ke separuh akhir kategori perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) di Sukan Paralimpik Paris 2024.

Kedua-dua wakil negara itu berpeluang untuk bertemu sesama sendiri pada aksi final Sukan Paralimpik Paris 2024 sekiranya mereka berjaya menewaskan lawan masing-masing di separuh akhir.

Liek Hou, pemenang pingat emas Tokyo 2020, mempamerkan aksi cemerlang menewaskan Suryo Nugroho dari Indonesia 21-10, 21-13, sekaligus mendahului Kumpulan A dan mengelak pertembungan separuh akhir menentang rakan sepasukan, Muhammad Fareez yang mengungguli Kumpulan B.

Di separuh akhir nanti, Liek Hou akan berhadapan dengan naib juara Kumpulan B, Dheva Anrimusthi dari Indonesia, sekali gus mengulangi pertembungan final Tokyo 2020 yang dimenangi oleh wakil negara itu 21-17, 21-15.

Muhammad Fareez pula akan bertemu Suryo Nugroho selepas pemain No.5 dunia itu menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A.

“Saya perlu menganalisis klip video perlawanan Anrimusthi untuk merangka strategi yang berkesan dan memastikan saya mara ke final.

“Saya juga gembira melihat Fareez mara ke separuh akhir dan kita akan berusaha untuk mencapai final bersama,” kata Liek Hou

Liek Hou memulakan kempen Paris 2024 dengan kemenangan menyakinkan 21-10, 21-6 ke atas Mroz Bartlomiej dari Poland dan diikuti kemenangan 21-10, 21-16 ke atas Meril Loquette dari Perancis.

Muhammad Fareez juga menonjol dengan kemenangan ke atas Fang Jen-Yu dari Taiwan, Anrimusthi, dan Taiyo Imai dari Jepun.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya