KUALA LUMPUR: Kejohanan Klang Valley Unity Merdeka Challenge (KV UMC) selama dua hari sempena sambutan Hari Kemerdekaan berjaya mencungkil bakat baharu dan memberi pendedahan kepada pemain bola sepak akar umbi.
Ia memberi mereka pengalaman bertanding dalam perlawanan sebenar selain menjadi venue menaikkan semangat cintakan tanah air.
Ia membabitkan pertandingan beberapa kategori umur dari bawah lapan tahun sehingga bawah 16 tahun.
Untuk kategori bawah 16 ia telah dijuarai oleh Akademi Kuala Lumpur Rovers.
Bagi kategori bawah 14 tahun, DACS Gombak berjaya menjadi juara manakala Kelab Bolasepak Setiawangsa Rangers berjaya menjadi juara untuk kategori bawah 12 tahun.
Untuk kategori bawah 10 tahun, Kelab Bolasepak Infiniti dinobatkan sebagai juara dan akhir sekali untuk kategori bawah lapan tahun FCKL berjaya merekodkan memori indah membawa balik Piala Juara .
KV UMC kali ini berjaya menghimpunkan lebih 600 pemain dan 1, 000 pengunjung.
Antara penyumbang tajaan terlibat adalah TRIDENT, Haro, RRI Football Park , Restoran Salero Kito dan Stesen TV Awesome. – UTUSAN