KL Thunder juara STL GP Terengganu - Utusan Malaysia

KL Thunder juara STL GP Terengganu

REGU KL Thunder meraikan kemenangan ke atas Terengganu Turtles pada aksi final STL GP Terengganu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: KL Thunder muncul juara Liga Sepak Takraw (STL) GP Terengganu menewaskan tuan rumah, Terengganu Turtles, 2-0 pada aksi final di Stadum Tertutup Gong Badak, di sini, malam tadi.

Regu KL Thunder diketuai tekong berbisa, Mohamad Syahir Rosdi, apit kanan, MohamadAzlan Alias dan Sirisak Anuloon sebagai apit kiri nyata terlalu handal buat regu tuan rumah.

Beraksi di hadapan ribuan penonton tuan rumah, regu KL Thunder itu menang 15-7 pada set pertama ke atas regu Terengganu Turtles, Teerapat Promnin, Khairul Aman Rosdi dan Zulhusni Basri.

KL Thunder mengesahkan kejuaraan GP Terengganu selepas mengatasi kebangkitan tuan rumah dan memenangi set kedua dengan mata 15-11.

Selaku juara, KL Thunder membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM15,000 manakala Terengganu Turtles memenangi RM8,000 sebagai naib juara.

Sementara itu tempat ketiga GP Terengganu menjadi milik PDRM Defenders yang menang 2-0 ke atas Penang Black Panthers dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

PDRM Defenders dibarisi Siwatbancha Seekhwa, Shahalril Aimin Halim dan Shahalril Aimin Halim menang ‘straight set’ 15-8, 15-11 ke atas Imran Mohd. Fazli, Nabil Naufal Fuad dan Zaim Razali.

PDRM Defenders dan Penang Black Panthers masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan RM3,000.

Sirkit ketiga STL akan berlangsung di Spice Arena, Georgetown, Pulau Pinang pada 16 sehingga 20 Oktober depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya