KL City FC mahu kekal rekod kemenangan

KL City FC mahu kekal rekod kemenangan

KULJANAC (kiri) dan Gallifuoco pada sidang akhbar pra perlawanan Kejuaraan Kelab Asia Tenggara (ACC) di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC, Miroslav Kuljanac optimis pasukannya mampu membenam Borneo Samarinda dalam kempen Kejuaraan Kelab Asia Tenggara (ACC), malam ini.

Kuljanac mengakui, beraksi di laman sendiri di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur memberi kelebihan untuk anak-anak buahnya mengekalkan rekod bersih selepas menang dalam perlawanan pertama sebelum ini.

Pengendali dari Croatia itu berkata, kekalahan pasukannya kepada Perak FC dalam aksi Liga Super pada minggu lalu telah mendedahkan ketumpulan di bahagian jentera serangan dan perkara itu sudah pun diperbaiki.

Katanya, kekalahan tersebut tidak menjejaskan moral dan tumpuan pemain memandangkan ACC merupakan saingan berbeza berbanding kancah domestik.

“Moral pemain ketika ini cukup baik kerana ini adalah kejohanan yang berlainan. Cuma, beberapa kelemahan yang ada sebelum ini terutama daripada aspek penyudah perlu diperbaiki.

“Saya gembira beberapa tonggak utama di jentera serangan sudah pulih seperti kapten, Paulo Josue dan Haqimi Azim juga sudah kembali cergas dan ini memberi kami lebih banyak pilihan.

“Apa yang pasti, saya mahu pemain waspada dengan ancaman yang bakal diberikan oleh Borneo kerana mereka memiliki pasukan yang berkualiti dan cukup konsisten dalam saingan liga di Indonesia,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini semalam.

Bagi aksi pertama ACC menyaksikan KL City FC menewaskan kelab Filipina, Kaya-Iloilo 1-0 di laman sendiri pada 22 Ogos lalu.

Sementara itu, tonggak pertahanan KL City FC, Giancarlo Gallifuoco berharap dapat melangkah lebih jauh dalam kejohanan ACC selepas dia pernah membantu pasukan layak ke final pada tiga kejohanan bermula 2021 hingga 2023.

“Kami suka apabila digelar antara pakar dalam saingan bertaraf piala. Kita berjaya beraksi di tiga pentas final pada tiga tahun berturut-turut dan ia sukar dilakukan oleh mana-mana pasukan kecuali Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya berharap kami mampu memberi cabaran yang diharapkan pada saingan ACC kali ini sama seperti yang pernah kami lakukan pada kempen Piala AFC 2022,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya