Khabib sedia buka peluang untuk Jojo sertai MMA

Khabib sedia buka peluang untuk Jojo sertai MMA

KHABIB ketika sesi soal jawab bersama peminat sempena acara 'Khabib Nurmagomedov LIVE in Malaysia 2024' di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.-Ihsan Faith Events
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:Bekas juara lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov membuka peluang kepada bintang Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, untuk menjalani latihan di Dagestan.

Khabib mengakui Johan mempunyai bakat besar dan beliau bersedia menyokong sekiranya petarung negara itu untuk beralih dari Muay Thai kepada seni mempertahankan diri campuran (MMA).

“Saya tahu dia masih muda dan merupakan penyerang yang sangat berbakat. Saya doakan yang terbaik untuk dia. Dia memberitahu saya bahawa dia bercadang untuk berpindah ke MMA selepas menamatkan kemahirannya sekarang.

“Jika dia mahu menceburi MMA, dia sentiasa dialu-alukan untuk berlatih bersama kami di Dagestan bagi meningkatkan prestasi gustinya. Dia sangat dialu-alukan,” kata Khabib.

Mengenai potensi sukan tempur di Malaysia, Khabib menyatakan bahawa negara ini memiliki ramai pejuang berbakat yang berpotensi untuk bersaing di peringkat dunia.

Namun, untuk melahirkan juara MMA bertaraf dunia, Malaysia perlu memperkukuhkan asas melalui jurulatih berpengalaman dan sistem latihan yang mantap, yang menjadi ciri kejayaan Dagestan.

“Saya telah mengikuti perkembangan MMA di seluruh dunia dan menyedari bahawa Malaysia mempunyai penyerang dan pejuang Muay Thai yang hebat.

“Namun, Malaysia memerlukan lebih ramai jurulatih berkelayakan dan rangka kerja yang kukuh untuk memupuk bakat-bakat MMA terbaik.

“Di Dagestan, kami mempunyai sistem yang hebat dengan jurulatih berkemahiran tinggi, dan kami telah melahirkan juara dalam pelbagai sukan tempur.

“Untuk membangunkan pejuang bertaraf dunia, adalah penting untuk membina sistem yang kukuh dengan pejuang dan jurulatih yang cemerlang,” katanya.

Kehadiran Khabib ke Malaysia dijayakan oleh Faith Events dan kira-kira 1,500 peminat menjayakan program bersama bekas juara lightweight UFC itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN