Kelab mana mampu cabar JDT?

Kelab mana mampu cabar JDT?

JDT menjulang trofi selepas dinobatkan sebagai juara Piala FA 2024 selepas menumpaskan Selangor FC.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketika Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Giorgio Pompili Rossi melontarkan cabaran agar dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam Liga Malaysia )Liga M), timbul persoalan kelab mana yang mampu berbuat demikian.

Ini selepas rata-rata kelab Liga M menjadi mangsa belasahan skuad Harimau Selatan musim ini kecuali PDRM FC yang berjaya mengikat juara bertahan Liga Super 10 musim berturut-turut itu 1-1 dalam pertemuan pada 31 Julai lalu di Stadium Perbandaran Selayang.

Biarpun sudah menampakkan ‘bisa’ dengan skuad sedia ada, Harimau Selatan masih mampu menambah kekuatan di pelbagai posisi untuk menguatkan pasukan mereka ketika kelab Liga M lain ‘berjimat’ untuk membeli pemain baharu semasa jendela kedua perpindahan yang bermula sejak 26 Ogos lalu.

Bukan sahaja mengawal perbelanjaan, malah ada juga kelab liga M lain yang berdepan masalah kewangan kronik misalnya situasi yang melanda bekas juara ‘double treble’, Kedah Darul Aman (KDA) FC ketika ini yang didakwa gagal melunaskan kira-kira enam bulan gaji pemain.

Rossi yang juga ‘orang baharu MFL’ percaya saham dan mutu Liga M akan melonjak naik sekiranya kelab-kelab lain berlumba-lumba untuk memberi tentangan saingan kepada pasukan yang dimiliki Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu.

“JDT adalah juara (Liga M) untuk banyak tahun. Mereka pasukan terurus malah fasiliti juga dinaiktaraf. Saya percaya dan berharap kelab lain cuba untuk bersaing dengan JDT sebab kalau ini (persaingan) berlaku tahap Liga M akan naik.

“Daripada mencipta konflik antara kelab, saya tengok daripada sudut berlainan. Pada penghujungnya, JDT adalah juara buat masa ini dan ia menjadi cabaran buat kelab lain,” katanya Rossi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya