Kecederaan punca Zii Jia kalah awal

Kecederaan punca Zii Jia kalah awal

LEE Zii Jia meneruskan rentak terbaik apabila mencatat kemenangan kedua pada perlawanan peringkat Kumpulan A Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bintang badminton No. 3 dunia, Lee Zii Jia berkata, kecederaan punca dia tewas 15-21, 2-21 pada pusingan pertama Terbuka China kepada wakil Jepun, Koki Watanabe.

Selepas memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, jaguh perseorangan lelaki negara itu kelihatan terumbang-ambing dengan prestasinya.

Menurut Zii Jia, dirinya yang tidak 100 peratus cergas yang menjadi punca kepada kekalahannya kepada Watanabe yang berada di ranking ke-15 dunia.

“Siku dan bahagian belakang tubuh saya berasa tegang, saya masih belum cukup cergas, masalah ini terjadi mungkin disebabkan latihan intensiti tinggi yang saya jalani,” katanya ketika ditemu bual BWF, semalam.

Menurut anak jati Kedah itu, dia pernah bercakap tentang masalah yang dihadapinya dan sehingga kini isu kecergasan masih menghantuinya.

Bagaimanapun, Zii Jia amat berharap dia dapat kembali cergas seperti sedia kala dan berpeluang beraksi pada Jelajah Dunia Akhir nanti.

Bagaimanapun, nasib berbeza buat beregu No. 12 dunia, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang berjaya mara ke peringkat 16 terbaik selepas mengetepikan pasangan tuan rumah, Chen Bo Yang-Liu Yi 17-21, 21-12, 21-19 dalam masa 53 minit.

Sze Fei berkata, terlalu berhati-hati sewaktu beraksi dalam set pertama menjadi punca kekalahan mereka.

“Mujur kami berjaya bangkit dalam set kedua dan ketiga, kami berharap akan kekal fokus dalam permainan berikut,” katanya.

Juara Terbuka Jepun itu akan berdepan rakan senegara Junaidi Arif-Yap Roy King dalam pusingan kedua selepas mereka menumpaskan Chen Zi Yi-Presley Smith dari Amerika Syarikat 21-11, 21-12 dalam masa 32 minit.

Turut mengikut jejak langkah dua beregu Malaysia itu adalah pasangan No. 13 dunia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan satu lagi gandingan tuan rumah, Xie Hou Nan-Zeng Wei Han 21-17, 21-19 dalam masa 47 minit.

Pada peringkat 16 terbaik, Wei Chong-Kai Wun akan bertemu sama ada rakan senegara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri atau beregu handalan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae yang hanya akan beraksi, hari ini.

Dalam aksi beregu campuran, pasangan No. 12 dunia, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut mara selepas menyingkirkan Terry Hee-Jessica Tan dari Singapura 21-13, 21-15.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya