ALOR SETAR: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dijangka kehilangan penjaga gol utama mereka, Kalamullah Al-Hafiz selepas pemain kebangsaan itu dikatakan akan menyertai Selangor FC pada jendela perpindahan kedua yang kini dibuka. Menurut sumber dalaman pasukan, perpindahan Kalamullah ke Lembah Klang sudah hampir pasti berlaku. “Difahamkan ketika ini kedua-dua belah pasukan hanya menanti masa untuk mengumumkan perpindahan pemain itu. “Khabarnya Kalamullah turut mendapat tawaran dari salah sebuah pasukan di Borneo namun memilih Selangor FC sebagai destinasi seterusnya, bagi mengukuhkan lagi barisan benteng pasukan The Red Giants,” katanya kepada Utusan Malaysia.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya