Kaji baik buruk pemain warisan

Kaji baik buruk pemain warisan

DION Cools merupakan pemain warisan terbaik dalam kem Harimau Malaya ketika ini sehingga diberikan lilitan kapten.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jika mahu hasil segera dan melihat Harimau Malaya berada di puncak prestasi, percepatkan kemasukan pemain warisan adalah keputusan drastik yang perlu diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bagaimanapun, badan induk bola sepak Malaysia itu perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk pemain yang dibawa masuk gagal memberi impak selain mengambil risiko pembangunan akar umbi bakal ‘dikuburkan’.

Ketika ini, negara jiran, Indonesia sedang menikmati hasil ‘mi segera’ apabila lambakan pemain warisan yang dibawa masuk berjaya membantu pasukan kebangsaan mereka ke puncak prestasi di bawah kendalian Shin Tae Yong.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, pengambilan pemain warisan sememangnya mampu memberi keputusan segera, namun FAM perlu jelas selama mana kebergantungan kepada mereka diperlukan.

Katanya lagi, FAM perlu berhati-hati dalam misi mencari pemain warisan dan tidak boleh dilakukan secara sembrono bagi mengelak tersalah langkah memilih pemain tidak berkualiti.

“Tidak dinafikan pemain warisan merupakan jalan pintas yang kita ada. Tidak salah untuk menggunakan alternatif ini kerana pencapaian bola sepak negara sudah lama merundum.

“Bagaimanapun, FAM tidak boleh terlalu bergantung kepada pemain ini. Kalau capai matlamat orang akan menerimanya dengan baik dan jika tidak kecaman teruk akan diterima,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya