Harrif intai podium pada penampilan ke-15

Harrif intai podium pada penampilan ke-15

HARRIF Saleh mahu menyinar pada penampila ke-15 di pentas LTdl 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohamed Harrif Saleh mensasarkan untuk berada di kelompok sekurang-kurangnya lima terbaik pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 yang akan bermula Ahad ini.

Sasaran Harrif berpandukan pengalaman 14 edisi beliau bertanding dalam kejohanan terbabit sekali gus mahu memanfaatkan sebaik mungkin pada penampilan ke-15 dalam kariernya.

“Saya berterima kasih kepada TSG kerana memberi saya satu lagi peluang untuk beraksi di LTdL kali ini. Saya lihat cabaran dari pasukan yang hadir sangat sukar. Jadi kami akan memberikan saingan yang sengit kepada skuad ini.

“Bagi sasaran, saya cuba berada di kelompok lima hadapan. Bagaimanapun, podium masih menjadi impian saya. Saya akan gunakan pengalaman saya sebaik mungkin,” kata Harrif.

Pelumba berusia 36 tahun itu tersenarai bersama baki lima atlet iaitu Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Nur Aiman Mohd Zariff dan Muhd Nur Aiman Rosli serta dua pelumba import, Anatolii Budiak dan Andreas Miltiadis.

Untuk rekod, pelumba kelahiran Terengganu itu membuat kemunculan sulungnya pada tahun 2007 dan sudah menaiki podium bagi kemenangan peringkat sebanyak tiga kali dalam kariernya.

Harrif kemudian memahat namanya selaku pemenang pada peringkat kedua perlumbaan pada edisi 2019 manakala pada tahun berikutnya beliau berhasil memenangi dua peringkat perlumbaan.

LTdL 2024 dijadualkan akan membuka tirai saingannya pada 29 September hingga 6 Oktober ini, sejauh 1227.2 kilometer (KM) dengan kayuhan pertama akan bermula di Pulau Langkawi, Kedah dan akan berakhir di Bintulu, Sarawak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya