Harimau Malaya janji benam Filipina

Harimau Malaya janji benam Filipina

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente (kiri) bersama pemain, Syamer Kutty Abba bercakap pada sidang akhbar pra perlawanan antara Malaysia dan Filipina sempena Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente menyedari banyak mata kini tertumpu kepada dirinya untuk melihat corak permainan bakal diterapkan dalam skuad kebangsaan.

Malah, ada juga pihak yang mengidamkan corak permainan ‘cantik’ atau ‘tiki-taka’ dapat dipamerkan Harimau Malaya dibawah pengendali dari Sepanyol itu yang memiliki pengalaman bersama kelab gergasi, Barcelona.

Begitupun, beliau tidak mengambil perkara itu sebagai tekanan sebaliknya menaruh keyakinan tinggi kepada anak buahnya untuk mencatat keputusan positif berdepan Filipina dalam Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Jelasnya, perkara paling penting adalah kesungguhan dan semangat tinggi yang dipamerkan pemain di atas padang berbanding corak permainan yang dipersembahkan.

“Apa sahaja yang berlaku sebelum ini tidak boleh memberi kesan kepada kami. Kami harus mengambil pengalaman daripada perlawanan sebelum ini dan apa yang kami boleh ubah adalah masa depan.

“Saya mahu mereka (penyokong) menikmati perlawanan dengan aksi bola sepak yang menyerang. Namun kita juga perlu faham mengenai pemain, pasukan mana yang kami lawan dan perlawanan akan berbeza.

“Bagi saya, paling penting bukan cara permainan tapi bagaimana pemain menunjukkan semangat dan bekerjasama sebagai satu pasukan” katanya pada sidang media di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Aksi terakhir skuad kebangsaan menentang Filipina adalah pada Mac 2022 yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada Harimau Malaya dengan keputusan 2-0.

Mengulas mengenai aksi berdepan Filipina, Vicente optimis pasukannya sudah bersedia untuk menewaskan The Azkals meskipun berdepan isu hangat Ultras Malaya memboikot Pestabola Merdeka 2024.

“Saya positif kita boleh meraih keputusan yang lebih baik. Kita tahu dengan situasi ini, mana-mana pasukan negara berhak mendapat sokongan terbaik daripada penyokong namun saya hormati keputusan mereka(penyokong).

“Kita hanya mampu kawal apa berlaku dalam padang dan akan cuba bagi terbaik, beri 100 peratus dan harap dapat bagi keputusan yang baik,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya