Hang Seo nafi mohon jadi ketua jurulatih Harimau Malaya

Hang Seo nafi mohon jadi ketua jurulatih Harimau Malaya

PARK Hang Seo ketika mengemudi skuad kebangsaan Vietnam.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas pengendali Vietnam, Park Hang Seo menafikan beliau telah memohon kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya.

Ejen kepada Hang Seo, Lee Dong Jung berkata, pertemuan Hang Seo bersama Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin hanyalah berkisar kepada topik tertentu saja dan tiada kaitan untuk mengisi jawatan sebagai pengendali Harimau Malaya.

“Tidak benar sama sekali dakwaan yang mengatakan Hang Seo telah memohon jawatan untuk mengendalikan skuad kebangsaan Malaysia.

“Kenyataan itu menjejaskan reputasi Hang Seo. Sebagai wakil kepada ramai pemain dan jurulatih, saya sudah mengadakan perbualan dengan presiden persatuan bola sepak seluruh dunia termasuk Hamidin.

“Bagaimanapun perbincangan merangkumi pelbagai topik dan kami tidak berbincang untuk memohon jawatan ketua jurulatih di Malaysia,” katanya kepada VnExpress.

Sebelum itu, Hamidin mengesahkan Hang Seo menjadi antara calon yang berada dalam pertimbangan badan induk itu untuk mengendalikan Harimau Malaya selepas Kim Pan Gon meletak jawatan pada Julai lalu.

Untuk rekod, Hang Seo ketika ini menjadi penasihat kelab divisyen dua Vietnam, Bac Ninh FC.

Mengulas lanjut, Dong Jung berkata, sekiranya berminat untuk mendapatkan khidmat Hang Seo, FAM perlu membuat tawaran kepadanya terlebih dahulu.

“Sekiranya Malaysia berminat dengan Hang Seo, mereka perlu membuat tawaran kepada saya terlebih dahulu. Selepas itu barulah saya akan membincangkannya dengan Hang Seo untuk pertimbangan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN