Hakim Danish masih belum cukup umur

Hakim Danish masih belum cukup umur

HAKIM Danish perl;u tunggu lagi untuk beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia- Ihsan ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Impian untuk melihat pelumba negara, Muhammad Hakim Danish Ramli beraksi pada Kejuaraan Motosikal Dunia musim depan tidak kesampaian kerana usianya belum mencecah 18 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Petronas, Azhan Shafriman Hanif berkata, Hakim Danish perlu mencapai usia 18 tahun untuk membuat penampilan sulung dalam kejuaraan dunia.

“Mengikut garis panduan yang telah ditetapkan penganjur MotoGP, Dorna, seseorang pelumba itu perlu mencapai usia 18 tahun dan Hakim Danish pula lahir pada bulan Julai yang mana musim 2025 pula membuka tirai kejuaraan dalam bulan Mac.

“Ini bermakna dari segi kiraan usia Hakim Danish, dia masih berumur 17 tahun pada ketika itu dan dia hanya berusia 18 tahun pada 30 Julai,” katanya ketika ditemui pemberita di SIC dekat sini, kelmarin.

Pelumba kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu itu menutup aksinya musim ini, di kedudukan keenam setelah mengumpul 139 mata pada Piala Red Bull MotoGP Rookies yang berakhir di Misano, Itali, awal bulan ini.

Pelumba itu yang muncul anak Malaysia pertama berjaya mencatat keputusan podium memperbaiki pencapaian yang dilakarnya, musim lalu, selepas sekadar berada di tangga ke-12 dengan 70 mata.

Bagi musim 2024, Hakim Danish melakar empat keputusan podium daripada 14 perlumbaan keseluruhan iaitu di Jerez, Sepanyol (No. 2); Le Mans, Perancis (No. 3); Aragon, Sepanyol (juara) dan Misano, Itali (No. 3).

Menurut Azhan Shafriman, potensi besar yang dimiliki Hakim Danish memang membuat ramai yang teruja dan dia boleh dikatakan antara pelumba terbaik Malaysia pada ketika ini.

Jelas beliau, SIC sememangnya sentiasa memantau Hakim Danish dan pihaknya mahu memastikan perjalanan karier anak muda itu dilaksanakan dengan stabil.

“Lagipun dia masih dibangku persekolahan, SIC amat menitik beratkan masa depan Hakim Danish, kita tidak mahu dia mengabaikan pelajarannya.

“Tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan walaupun, Hakim Danish lebih banyak menghabiskan masanya di luar negara, tetapi, kita tetap memantau pelajarannya dengan melantik guru peribadi untuknya,” ujar Azhan Shafriman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya