Fokus aksi berdepan Filipina

Fokus aksi berdepan Filipina

ENDRICK (kanan) mahu rakan sepasukan fokus aksi berdepan Filipina pada 4 September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain tengah Ho Chi Minh City, Endrick Dos Santos menegaskan penting untuk Harimau Malaya memberi fokus kepada aksi menentang Filipina dalam kempen Pestabola Merdeka sebelum memikirkan lawan yang seterusnya.

Skuad Harimau Malaya diundi bertemu Filipina di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini dan jika menang mereka akan beraksi di final dengan menentang sama ada Tajikistan atau Lubnan di venue yang sama, empat hari kemudian.

Endrick mengakui tidak banyak perkara yang diketahui mengenai Filipina selepas skuad Azkals itu menukar jurulatihnya dan melantik Norman Fegidero sebagai jurulatih sementara selepas pengendalinya, Tom Saintfiet letak jawatan.

“Tetapi itu tidak penting sebab fokus kepada kepada pasukan dan persembahan kami.

“Kami berada di sini untuk menang dengan melakukan yang terbaik. Kami seronok untuk berada di sini. Bagi saya, perlawanan besar kami adalah menentang Filipina.

“Selepas itu baru fikir untuk aksi final. Kita ambil perlawanan satu demi satu. Kami mahu memenangi piala ini dan saya berusaha untuk mendapatkan piala ini demi Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita pada sesi latihan di Wisma FAM semalam.

Pemain berusia 29 tahun turut mengakui barisan pemain yang dipanggil untuk menyertai kem latihan kali ini lebih kuat berbanding ketika persiapan pasukan mengadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Mei lalu.

“Ya banyak pemain utama kembali bersama pasukan. Kali ini kami lebih kuat dan saya berharap kami dapat lakukan dengan lebih baik,” katanya lagi.

Sebelum ini, skuad negara kehilangan lima pemain di jentera serangan susulan kecederaan iaitu Arif Aiman Hanapi, Faisal Halim, Romel Morales, Darren Lok dan Syafiq Ahmad serta penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi.

Malaysia mencatat keputusan seri 1-1 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun lalu di Bishkek sebelum menewaskan Taiwan 3-1 (11 Jun) di Bukit Jalil dalam perlawanan kelima dan keenam Kumpulan D, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya