FAM perlu masa teliti pemain warisan

FAM perlu masa teliti pemain warisan

DION Cools antara tonggak warisan berkualiti yang berada dalam skuad Harimau Malaya ketika ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak mendapatkan pemain kacukan dari luar negara yang berbakat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, badan induk itu juga telah sedia maklum dengan nama-nama pemain yang didakwa memiliki darah campuran Malaysia.

Bagaimanapun katanya, segala keputusan tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana penelitian secara mendalam perlu dibuat terlebih dahulu.

Dalam masa yang sama, Noor Azman berkata, perbincangan bersama barisan kejurulatihan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

“Kami memantau perkembangan pemain kacukan yang beraksi di luar negara tetapi tidak menghubungi mereka dan terus menawarkan bermain untuk Malaysia.

“Mungkin pada masa akan datang ada penambahan pemain kacukan dari luar negara. Namun, segala-galanya bergantung kepada keputusan barisan kejurulatihan dan kepimpinan FAM.

“Sekiranya pemain terbabit bagus dan mampu membantu skuad Harimau Malaya, sudah pasti kami akan mengambilnya demi mempertingkatkan lagi prestasi pasukan kebangsaan,” katanya.

Sebagai rekod, Presiden FAM, Tan Sri Hamidin Mohd. Amin sebelum ini mengesahkan kapten kelab Go Ahead Eagles, Mats Deijl mendakwa berdarah kacukan dan berminat untuk mewakili skuad kebangsaan.

Beberapa nama pemain yang beraksi di luar negara didakwa memiliki darah campuran Malaysia termasuk bekas tonggak Luton Town, Elliot Thorpe dan pemain Heracles Almelo, Sem Scheperman.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya