Dua beregu negara ke separuh akhir Terbuka China - Utusan Malaysia

Dua beregu negara ke separuh akhir Terbuka China

GOH Soon Huat-Shevon Lai melengkapkan misi wajib menang ke atas pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 17-21, 21-15, 21-14 di Pusat Gimnasium Olimpik Hangzhou, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai mengejutkan gandingan No. 2 dunia, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin pada suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka China di Changzhou, China, hari ini.

Pasangan yang menghuni ranking ke-12 dunia itu membenam beregu handalan tuan rumah menerusi kemenangan straight set 23-21, 21-16 dalam masa 34 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik.

Pada separuh akhir, esok, pasangan suami isteri itu akan turun beraksi menentang satu lagi beregu China, Cheng Xing-Zhang Chi setelah beregu No. 22 dunia itu menewaskan wakil Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito 21-15, 21-19.

Satu lagi wakil Malaysia dalam beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tewas kepada gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-14, 21-9 dalam masa 39 minit.

Sementara itu, dalam suku akhir beregu lelaki, Goh Sze Fei Nur Izzuddin Mohd Rumsani mengetepikan rakan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun 21-19, 21-18 dalam masa 44 minit.

Pada peringkat empat terbaik, Sze Fei-Izzuddin akan berdepan gandingan Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin yang menewaskan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 21-19, 21-19. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya