Dong A Thanh Hoa FC berpuas hati dapat curi satu mata

Dong A Thanh Hoa FC berpuas hati dapat curi satu mata

Pemain Terengganu FC (TFC) Manuel Ott (kiri) dikawal ketat pemain pasukan Dong A Thanh Hoa FC pada aksi kumpulan A Kejohanan Kelab ASEAN, Piala Shopee 2024/2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA). -UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kelab Vietnam, Dong A Thanh Hoa FC berpuas hati dapat mencuri satu mata ketika mengikat Terengganu FC (TFC) dalam aksi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), semalam.

Menurut ketua jurulatihnya, Velizar Popoz, keputusan itu sudah memadai buat Thanh Hoa FC meneruskan kejutan walaupun tidak meletakkan sasaran menggunung di pentas ACC.

Malah bekas pengendali Kelantan itu turut memuji skuad bimbingannya yang bangkit dari ketinggalan dua gol dan menyamakan kedudukan 2-2 untuk membawa pulang mata berharga.

“Ini keputusan positif kerana saya sudah menjangkakan perlawanan yang sukar terutama setelah tuan rumah mendahului dua gol ketika kami masih mencari-cari rentak.

“Walaupun ketinggalan 0-2, pemain-pemain saya tidak berputus asa dan pujian wajar diberikan kepada mereka yang tetap memberi tekanan kepada TFC sehingga wisel penamat.

“Kami tiada sasaran tinggi dalam kejohanan ini sebaliknya fokus satu perlawanan ke satu perlawanan dan memberi keutamaan dalam saingan domestik,” katanya ketika ditemui semalam.

Setelah mengharungi dua perlawanan, juara Piala Kebangsaan Vietnam itu berkongsi empat mata untuk memimpin Kumpulan A bersama kelab Thailand, BG Phatum United dan PSM Makassar dari Indonesia.

Kelab Kemboja, Svay Rieng FC pula di tempat keempat mengumpul tiga mata manakala TFC dengan hanya satu mata di kedudukan kelima dan wakil Myanmar, Shan United tercorot tanpa sebarang mata.

“Situasi mungkin berbeza jika TFC mendahului tiga atau empat gol tetapi jaringan pertama kami sejurus sebelum rehat mendorong pemain untuk kembali bangkit pada babak kedua,” jelas Popov.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya