Chelsea seri, Newcastle kalahkan Tottenham

Chelsea seri, Newcastle kalahkan Tottenham

MARESCA memberikan arahan kepada pemainnya ketika menentang Crystal Palace-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Chelsea gagal meneruskan rentak kemenangan apabila sekadar seri 1-1 dengan Crystal Palace di Stamford Bridge, sebentar tadi.

Chelsea di bawah bimbingan Enzo Maresca, hanya menang sekali dalam tiga perlawanan liga pertama di bawah kendalian pengurus baharu dari Itali itu.

Selepas tewas dalam aksi pembukaan kepada Manchester City, Chelsea bangkit dengan kemenangan 6-2 ke atas Wolves minggu lalu.

Pada aksi hari ini, Chelsea gagal mempertahankan kelebihan gol yang dijaringkan Nicolas Jackson pada minit ke-25 selepas Palace menyamakan kedudukan pada minit ke-53.

Pemain tengah England, Eberechi Eze, menghasilkan sepakan lencong yang menakjubkan yang melepasi penjaga gol Chelsea, Robert Sanchez.

Dalam satu lagi perlawanan, Newcastle berjaya menewaskan Tottenham 2-1di St James’ Park.

Gol pembukaan Harvey Barnes pada babak pertama buat Newcastle dipadamkan oleh gol sendiri Dan Burn selepas rehat.

Alexander Isak bagaimanapun menjaringkan gol kemenangan untuk Newcastle pada minit ke-78 bagi memastikan tiga mata buat pasukan kendalian Eddie Howe, yang kekal tanpa kalah sejak Januari lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya