Bidoglio 'pening' pilih pemain

Bidoglio ‘pening’ pilih pemain

OBREGON (kiri) meledak dua gol ketika JDT menumpaskan Penang FC, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio akui tugasnya semakin sukar untuk membariskan kesebelasan terbaik selepas enam muka baharu Harimau Selatan menunjukkan keserasian dalam pasukan.

Ketika menang 5-0 ke atas Penang FC semalam, empat pemain baharu JDT iaitu Enzo Lombardo, Iker Undabarrena, Eddy Israfilov dan Jorge Obregon membuat penampilan pertama bersama pasukan.

Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, Obregon telah membuktikan ketajaman penyudah apabila penyerang kelahiran Colombia itu membuka akaun jaringan menerusi dua gol yang dihasilkan.

Tambahnya, dua pemain yang tidak diturunkan iaitu penjaga gol, Christian Abad Amat dan pemain pertahanan Park Jun Heong juga semakin serasi dengan rakan-rakan sepasukan dan memahami corak permainan Harimau Selatan.

“Saya cukup berpuas hati dengan persembahan muka-muka baharu yang diturunkan pada hari ini. Mereka telah membuktikan kewibawaan dan kualiti di atas padang selain memahami falsafah pasukan ini.

“Kehadiran mereka ternyata telah membantu memperkuatkan pasukan ini terutamanya bagi mengharungi saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), tidak lama lagi,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan itu, pengendali berusia 56 itu berkata, anak buahnya sedikit bergelut bagi menembusi benteng pertahanan pelawat selepas menjaringkan gol pertama seawal minit ketiga.

Katanya, pemain JDT berjaya merungkai masalah itu dengan melancarkan serangan bertali arus di setiap sudut dan berjaya menghukum kesilapan yang dilakukan pertahanan lawan.

“Penang FC sebuah pasukan yang baik dan memberi tentangan buat kami yang memaksa kami bekerja lebih keras untuk menewaskan mereka.

“Kejayaan ini bukanlah sesuatu yang mudah dan pujian perlu diberikan kepada pemain yang mempamerkan semangat juang bagi memburu kemenangan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya