Bahasa halang Zidane sertai Man United

Bahasa halang Zidane sertai Man United

ZINEDINE ZIDANE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Tidak fasih berbahasa Inggeris menjadi punca utama Zinedine Zidane tidak mahu menjadi pengurus Manchester United.

Lagenda Perancis itu memilih untuk tidak ‘mencari masalah’ biarpun ramai jurulatih yang tidak fasih dengan bahasa negara yang disertai.

“Adakah saya mahu ke Manchester? Saya faham bahasa Inggeris tetapi saya tidak begitu fasih dalam bahasa berkenaan.

“Saya tahu ada jurulatih yang pergi ke kelab tanpa bercakap bahasa negara yang disertai tetapi saya bekerja dengan cara yang berbeza.

“Banyak elemen yang memainkan peranan untuk menang, ia adalah konteks menyeluruh. Saya tahu apa yang saya perlukan untuk menang,” katanya yang fasih bertutur bahasa Sepanyol dan Itali.

Jurulatih berusia 52 tahun itu sudah lama tidak bertugas sejak 2021 selepas musim keduanya mengendalikan Real Madrid berakhir.

Walaupun sudah tiga tahun tidak terbabit dalam dunia bola sepak, dia terus dikaitkan dengan jawatan utama di United, Bayern Munich dan pasukan kebangsaan Perancis.

Buat masa ini, The Red Devils belum lagi berusaha mencari pengurus baru selepas Erik Ten Hag menandatangani lanjutan kontrak pada musim panas yang lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya