Arsenal masih belum sempurna

Arsenal masih belum sempurna

GABRIEL Magalhaes meraikan jaringannya ketika Arsenal menumpaskan Spurs 1-0, kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pengurus Arsenal, Mikel Arteta memuji kematangan dan ketenangan pasukannya selepas berjaya mengatasi cabaran Tottenham Hotspur 1-0 dalam perlawanan derbi Utara London, kelmarin.

The Gunners mempamerkan ketahanan mental selepas berdepan beberapa cabaran besar, termasuk ketiadaan kapten Martin Odegaard yang mengalami kecederaan serta Declan Rice yang digantung perlawanan.

Jaringan tunggal oleh Gabriel Magalhaes pada babak kedua sudah cukup untuk memastikan kemenangan buat Arsenal untuk merapatkan kedudukan dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Bagaimanapun, Arteta mengakui pasukannya belum berada di tahap ‘sempurna’, tetapi melihat kemenangan itu sebagai petanda positif untuk anak buahnya mencabar gelaran Liga Perdana musim ini.

“Kami meraih kemenangan dari situasi yang tidak ideal, dan itu menunjukkan kemajuan dalam cara kami mengendalikan perlawanan, terutama pada saat-saat penting,” kata Arteta.

Pengendali berusia 42 tahun itu juga melihat pasukannya lebih teratur berbanding pertemuan terdahulu dengan Spurs, yang mana The Gunners berjaya memenangi perlawanan tersebut 3-2 selepas ketinggalan 0-2

Walaupun pemain baru Mikel Merino masih belum beraksi kerana kecederaan bahu, dan dengan beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan, Arsenal menunjukkan ketahanan dalam bahagian tengah dan berjaya memanfaatkan peluang yang ada.

Arteta memuji kesungguhan dan kemampuan pasukannya dalam menghadapi tekanan dan menyebut bahawa menikmati ‘perkara hodoh’ dalam permainan adalah satu pujian besar.

Arsenal kini berada dua mata di belakang City dan mereka akan bertandang ke Etihad pada Ahad ini untuk perlawanan yang dijangka akan memberi kesan dalam perebutan gelaran.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya