Anis Amira sedia saingi Izzah Izzati

Anis Amira sedia saingi Izzah Izzati

ANIS Amira Rosidi (empat dari kiri) menerima insentif disampaikan kerajaan negeri pada Majlis Penghargaan Atlet Negeri Perlis -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Anis Amira Rosidi bersedia untuk bersaing secara sihat bersama Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dalam persiapan menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Copenhagen, Denmark pada 16 hingga 24 Oktober ini.

Anis pemenang pingat emas acara pecut berpasukan pada Sukan SEA 2017 berkata, dengan wujudnya persaingan secara sihat dalam kalangan pelumba negara, ia dapat memastikan Malaysia sentiasa memiliki pelumba terbaik di pentas antarabangsa.

Dalam masa yang sama, Anis Amira lebih suka untuk memberi tumpuan kepada usahanya untuk meningkatkan prestasinya berbanding untuk memikirkan siapa yang lebih hebat dalam skuad kebangsaan ketika ini.

“Bagi saya tiada masalah sebab sekarang ini apabila ada pelumba lain yang lebih baik daripada kita jadi saya dapat rakan sepelatih (sparring) dengan Nurul Izzah dan secara tidak langsung ini akan membuatkan saya berusaha di tahap maksimum.

“Buat masa sekarang, apa yang saya buat adalah fokus kepada diri sendiri dan teruskan latihan untuk ke kejohanan dunia,” katanya.

Anis Amira yang merupakan pemenang pingat gangsa acara kejar mengejar berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) Remaja 2016 di Jepun antara prospek pelumba trek wanita negara.

Atlet kelahiran dari Perlis itu sebelum ini menamatkan saingan di tempat kelima acara pecut berpasukan ACC di Kuala Lumpur pada 2018.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya