Aniq mahu ubati kekecewaan Paris di Fiji

Aniq mahu ubati kekecewaan Paris di Fiji

Mohamad Aniq Kasdan akan bertanding dalam kategori 61 kilogram pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suvi, Fiji.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas hampir meraih pingat gangsa pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024, atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan memasang impian untuk bergelar juara dalam kategori 61 kilogram (kg) pada Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suvi, Fiji, esok.

Atlet kelahiran Segamat, Johor itu berkata, beliau hanya berehat dua hari sejurus pulang ke tanah air dari Paris bagi mempersiapkan dirinya bagi kejohanan terbabit.

“Kejohanan ini akan menjadi pertandingan sulung saya selepas Olimpik. Sudah tentu saya mahu melakukan yang terbaik di sini (Fiji).

“Peluang pingat itu sudah tentu ada, namun Olimpik telah mengambil segala-galanya daripada saya. Tugas pertama saya adalah untuk kembali berlatih semula dan menganalisis kelemahan saya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam masa yang sama, Aniq enggan memandang rendah kepada pencabar terdekatnya, Morea Baru selepas atlet Papua New Guinea itu menduduki tempat kelima di Paris.

“Sudah tentu di atas jumlah angkatan saya lebih tinggi daripadanya. Bagaimanapun, saya tidak mahu memandang rendah kepada sesiapa pun pada kejohanan ini,” jelasnya.

Selain Aniq, Malaysia turut menghantar empat lagi wakil ke kejohanan tersebut iaitu Mohd Amin Shukry (61kg), Muhamad Aznil Bidin (67kg), Muhammad Erry Hidayat (73kg) dan Mohd Rahimi Sulaiman (55kg).

Selain itu, Malaysia turut dibarisi atlet wanita Nurul Syasya Samsur yang berusia 15 tahun dalam kategori 59kg serta Syazawani Radzi (64kg).

Untuk rekod, pada kejohanan edisi lalu, Aniq berjaya meraih emas menerusi kategori 55kg serta Aznil Bidin dalam acara 61kg manakala Erry Hidayat berjaya membawa pulang gangsa (73kg).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN