Ali Rustam dilantik sebagai penaung PBMM

Ali Rustam dilantik sebagai penaung PBMM

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam (tengah) ketika menerima kunjungan delegasi PBMM di Istana Melaka, semalam. -IHSAN FB RIDHWAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia (PBMM) hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Rustam sebagai penaung PBMM.

Presiden PBMM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, kehadiran Mohd Ali dalam ‘keluarga besar’ bakal menyemarakkan lagi motivasi persatuan itu untuk bergerak lebih ke hadapan selepas ini.

Mohd. Firdaus berkata, pengalaman Mohd Ali dalam arena sukan tanahair cukup luas dan di mana sebelum ini pernah menerajui Persatuan Bolasepak Melaka (MAFA) selaku Presiden ke-27 ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Melaka Ke-9.

“Ketokohan TYT Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dalam dunia sukan negara tidak boleh dipertikaikan lagi.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada TYT yang menerima pelantikan selaku Penaung PBMM. Kehadiran TYT disambut baik dan kami berbesar hati dengan kesudian penerimaan pelantikan ini.

“PBMM bertekad untuk terus menyumbang kepada bola sepak negara dalam usaha melahirkan lebih ramai pemain berpotensi untuk diketengahkan di peringkat tertinggi,” kata Firdaus yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Semalam, Mohd Ali turut menerima kehadiran rombongan Exco PBMM yang diketuai Mohd. Firdaus di Istana Melaka, Ayer Keroh, Melaka.

Untuk rekod, PBMM antara organisasi bola sepak terawal di negara ini dengan kejohanan Piala Emas Raja-Raja (PERR) adalah pertandingan paling tertua di negara ini yang sudah mencapai usia 102 tahun pada tahun ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN