Aiman mahu pertahan Jersi Putih

Aiman mahu pertahan Jersi Putih

PELUMBA Astana Qazaqstan Team, Gleb Syritsa (tengah) memenangi perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 diikuti Tyler Tomkinson yang meraih gelaran Raja Bukit (kiri) serta Muhammad Nur Aiman Rosli selaku Pelumba Terbaik Asia (kanan) di sini, semalam - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Muhammad Nur Aiman Rosli enggan melepaskan Jersi Putih ke tangan pelumba lain pada baki saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Pelumba kelahiran Muar, Johor meraih jersi putih selaku pelumba terbaik Asia, selepas menduduki tempat kedua di dua zon pecutan dan zon pendakian di peringkat pertama, semalam.

“Saya gembira berpeluang menyarungkan jersi putih pada hari ini (semalam). Saya bersama rakan-rakan berkerjasama untuk mengaut mata. Secara keseluruhan sangat berpuas hati.

“Secara jujurnya, saya hanya guna 70 peratus tenaga yang ada kerana mahu prestasi konsisten dapat dikekalkan pada peringkat seterusnya, terutamanya di Cameron Highlands,” kata Nur Aiman kepada pemberita sejurus tamat perlumbaan, di sini, semalam.

Hari ini, saingan LTdL 2024 beralih ke perlumbaan Peringkat 2 dari Arau ke Butterworth sejauh 154.5km, membabitkan tiga zon pecutan di Jitra, Menara Alor Setar dan Sungai Petani.

Sementara itu, jurulatih TSG, Saiful Anuar Aziz berkata, Nur Aiman sememangnya mengikut perancangan dan memberi hasil yang positif.

“Jadi kita sudah tekankan jangan kekal di dalam kumpulan kerana kita tidak tahu apa yang terjadi pada peringkat pertama nanti.

“Daripada perlumbaan, Nur Aiman memang sudah pergi ‘breakaway’ dan dapat dua kali mata. Strategi esok (hari ini), kita akan buat perancangan yang sama,” ujar Saiful.

Semalam, Nur Aiman menamatkan perlumbaan peringkat pertama di Pulau Langkawi di tempat ke-30 dengan catatan masa dua jam 4 minit dan 37 saat.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya