Afdlin Shauki mahu jadi Presiden KLFA?

Afdlin Shauki mahu jadi Presiden KLFA?

filem
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perebutan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) memasuki episod baharu apabila ada ‘orang seni’ yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.

Individu yang dimaksudkan itu ialah pelakon, pengarah dan juga penerbit filem terkenal tanah air, Datuk Afdlin Shauki yang dikatakan bersedia untuk ‘terjun’ ke dunia bola sepak.

Menurut sumber, Afdlin menyatakan minatnya untuk bertanding jawatan Presiden KLFA pada 12 Oktober ini dalam satu majlis makan malam yang berlangsung di ibu negara, semalam.

Dalam majlis berkenaan, beberapa kelab ahli gabungan KLFA turut hadir termasuk beberapa kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak Kuala Lumpur itu.

“Datuk (Afdlin Shauki) nyatakan dia bersedia untuk mencabar kerusi Presiden KLFA dan sedia menentang pencabar lain. Dalam pertemuan itu, dia kata…dia mahu melawan Syed Yazid Syed Omar untuk jawatan Presiden KLFA,” kata sumber itu.

Kesediaan Afdlin bertanding menyaksikan pertembungan merebut jawatan itu semakin hangat dengan calon pilihan, Syed Yazid sudah menyatakan secara terbuka untuk mengisi kekosongan jawatan Presiden KLFA pada kongres pemilihan bulan depan.

Sebelum ini, media Syed Yazid yang juga Naib Presiden KLFA menyatakan kesediaan merebut jawatan Presiden selepas dua calon awal iaitu Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menarik diri.

Penarikan diri dua Menteri itu susulan keputusan jemaah kabinet yang tidak membenarkan mana-mana menteri memegang jawatan dalam persatuan sukan.

Selain Afdlin dan Syed Yazid, terdapat juga khabar angin yang mendakwa seorang lagi pelakon yang kini mengendalikan agensi kerajaan turut berminat merebut jawatan Presiden KLFA.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan daripada Afdlin Shauki gagal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya