Zakia atlet pelarian pertama raih pingat di Paralimpik Paris

Zakia atlet pelarian pertama raih pingat di Paralimpik Paris

ZAKIA meraih gangsa dalam acara taekwondo Sukan Paralimpik Paris 2024.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Zakia Khudadadi dari Afghanistan melengkapkan perjalanan yang luar biasa untuk muncul atlet pertama dari pasukan pelarian yang memenangi pingat di Paralimpik apabila meraih gangsa dalam sukan taekwondo, semalam.

Zakia membuat penampilan Paralimpik pertamanya di Tokyo empat tahun lalu beberapa selepas diekstradisi dari Kabul yang dikuasai Taliban, menaiki podium selepas lawannya menarik diri sebelum pertarungan pingat gangsa bermula dalam kategori K44-47 kilogram (kg).

Atlet berusia 25 tahun itu menerima suaka politik oleh Perancis, disokong seperti orang tempatan sepanjang hari oleh penonton yang hadir di Grand Palais dengan dia dilatih oleh Haby Niare yang memenangi perak dalam taekwondo di Sukan Olimpik Rio 2016.

“Pingat ini adalah sesuatu yang hebat untuk saya tetapi juga untuk semua wanita di Afghanistan dan semua pelarian. Kami tidak kan menyerah untuk kesamarataan dan kebebasan di negara saya,” katanya dalam bahasa Perancis.

Zakia sudah pun menghalakan tumpuannya kepada Sukan Paralimpik Los Angeles pada 2028 berkata, dia berhasrat untuk meraih pingat emas demi menyampaikan mesejnya tentang kebebasan.

“Saya mahu memberikan pingat ini kepada seluruh dunia. Saya berharap suatu hari nanti akan ada kebebasan di negara saya, untuk seluruh dunia, untuk semua gadis, untuk semua wanita, untuk semua pelarian di dunia.

“Dan kita semua berusaha ke arah itu, untuk kebebasan dan kesamarataan,” katanya lagi.

Sekatan Taliban terhadap wanita dan kebebasan bersuara telah mendapat kritikan pedas daripada kumpulan hak asasi manusia dan banyak kerajaan asing sejak kumpulan bekas pemberontak itu kembali menguasai Afghanistan pada tahun 2021.

Dunia barat yang diketuai Washington telah menyatakan pengiktirafan rasmi kepada Taliban tidak akan dilakukan selagi mereka tidak mengubah pendirian terhadap hak wanita dan membuka sekolah menengah kepada gadis remaja. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya