UPM sasar raih 20 emas di Sukum 2024

UPM sasar raih 20 emas di Sukum 2024

KONTINJEN Universiti Putra Malaysia (UPM) yang akan menyertai Sukum 2024 di Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan untuk meraih 20 emas dalam Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (Sukum) 2024 yang berlangsung Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Sukum 2024 yang bermula hari ini hingga 16 Ogos itu bakal menyaksikan kontingen UPM yang diwakili 191 orang atlet dalam kalangan kakitangan bakal memberikan cabaran kepada 19 Universiti Awam di Malaysia.

Naib Canselor UPM, Datuk Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah berkata, kontinjen UPM akan menyertai sebanyak 20 daripada 23 acara sukan yang dipertandingkan dengan sasaran menjadi tiga pasukan terbaik.

“Berbekalkan semangat juang yang tinggi selaku penyandang juara di tempat sendiri pada edisi lepas, misi kita pada kali ini ialah sekurang-kurangnya menjadi tiga pasukan terbaik dalam kalangan 20 pasukan yang bertanding.

“Sememangnya sukar untuk kita mengekalkan kejuaraan, tapi saya percaya dengan semangat dan usaha yang jitu, tidak mustahil kita boleh mengulangi kegemilangan yang dicapai pada edisi lalu.

“Saya juga berharap pasukan UPM mampu melakar kejutan dan meraih kegemilangan. Saya yakin bahawa atlet yang membawa cabaran UPM telah bersedia menggalas amanah dan cabaran yang disandarkan oleh seluruh warga UPM,” kata Dr. Ahmad Farhan.

Dalam masa yang sama, Dr. Ahmad Farhan berharap, Sukum 2024 dapat dijadikan platform terbaik untuk mengeratkan lagi ikatan ukhwah dan kerjasama antara staf Universiti Awam yang lain.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN