Tang Jie bangga atasi badi kekalahan

Tang Jie bangga atasi badi kekalahan

CHEN TAN JIE-TOH EE WEI mara ke final Terbuka Korea Selatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu campuran No.1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei puas selepas berjaya menamatkan badi ke atas gandingan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melangkah ke separuh akhir Terbuka Korea Selatan, semalam.

Dalam dua pertemuan terakhir di Terbuka Switzerland dan Malaysia Masters, Tang Jie- Ee Wei tumpas kepada pasangan No.13 dunia itu, sekali gus menjadi pertemuan di suku akhir Terbuka Korea Selatan sebagai medan untuk mempamerkan kebangkitan.

Pertarungan merebut tiket ke separuh akhir menyaksikan pasangan No.9 dunia itu berjaya mengatasi Soon Huat-Shevon dalam kemenangan straight set 21-18, 21-11.

“Gandingan saya (Ee Wei) banyak membantu saya dalam perlawanan ini. Saya sangat gembira dapat melepasi halangan mereka (Soon Huat-Shevon) kali ini kerana kami tewas dengan mereka dua kali berturut-turut sebelum ini.

“Masih banyak yang perlu kami perbaiki. Namun kami lihat kami banyak melakukan perubahan. Kami masih lagi pemain sudah tentu kelemahan itu pasti ada untuk diperbaiki,” kata Tang Jie.

Sementara itu, Shevon mengakui salah faham dalam gelanggang menjadi punca utama mereka gagal untuk menundukkan beregu campuran yang beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 itu.

Menurutnya, salah faham itu menjadikan komunikasi lebih kritikal sekali gus mereka kehilangan mata demi mata kepada Tang Jie-Ee Wei.

“Set pertama kami sudah banyak buat kesilapan lebih-lebih lagi dengan komunikasi dalam gelanggang dengan Soon Huat. Kami gagal mengembalikan fokus kami dalam permainan.

“Set kedua kesilapan untuk menjadi lebih teruk. Kami hilang mata yang mudah kepada lawan untuk menewaskan kami,” kata Shevon.

Dalam aksi separuh akhir hari ini, Tang Jie-Ee Wei akan berdepan pasangan China yang berada di ranking ke-31 dunia, Cheng Xing-Zhang Chi bagi merebut slot ke final.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya