Siapa juara sebenar JDT atau Selangor?

Siapa juara sebenar JDT atau Selangor?

KETUA Jurulatih Selangor, Nidzam Jamil (dua dari kiri), dan Penolong Jurulatih JDT, Jose Lopez (dua dari kanan), pada sidang akhbar pra-perlawanan akhir Piala FA, turut hadir, Ketua Pasukan Selangor, Safuwan Baharudin (paling kiri), dan pemain JDT, Junior Estdal (paling kanan), dan di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.-Foto: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC akan turun membuat perhitungan malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menentukan siapa bakal bergelar juara Piala FA 2024.

Skuad Harimau Selatan yang memburu kejuaraan hatrik selepas menjadi juara pada edisi 2022 dan 2023 bakal berdepan Gergasi Merah yang dahagakan kejuaraan apabila kali terakhir mendakap Piala FA pada 2009.

Beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong malam ini, kedua-dua pasukan pastinya mahu menampilan aksi terbaik di pentas final cukup dramatik ini.

Bintang JDT, Bergson Da Silva dan Arif Aiman Hanapi serta tonggak Selangor, Ronnie Fernandez dan Alvin Fortes dijangka menjadi ‘mesin gol’ buat kedua-dua pasukan.

Apa yang menarik, skuad Harimau Selatan dan Gergasi Merah menjadi dua pasukan yang memiliki rekod jaringan terbanyak musim ini termasuk dalam saingan Liga Super dan Piala FA.

JDT setakat ini sudah meledak 50 gol (28 Liga Super, 22 Piala FA) manakala Selangor mengumpul 30 gol (16 Liga Super, 14 Piala FA) dan ia memberi gambaran ketajaman penyudah dua finalis itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN