Selangor FC bakal didenda lagi?

Selangor FC bakal didenda lagi?

SEGELINTIR Penyokong Selangor FC yang masuk ke padang ketika aksi separuh akhir kedua Piala FA berdepan Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya kelmarin.-UTUSAN/IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kemenangan 4-1 Selangor FC ke atas Terengganu FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam dicemari insiden penyokong menceroboh masuk ke kawasan padang bagi meraikan gol sekali gus denda bakal dikenakan terhadap kelab itu.

Insiden itu berlaku selepas penyerang Selangor FC, Reziq Bani Hani menjaringkan gol keempat ketika menewaskan Terengganu FC 4-1 dalam aksi kedua separuh akhir Piala FA.

Pencerobohan itu telah melanggar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Berdasarkan rekod Kuala Lumpur (KL) City FC dikenakan hukuman beraksi tanpa penonton pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia pada 22 November 2021.

Hukuman itu diberikan oleh MFL susulan tindakan penyokong masuk ke dalam kawasan padang dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada 18 November 2021.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya