Renang: Leon Marchand rangkul emas kedua Olimpik

Renang: Leon Marchand rangkul emas kedua dengan rekod Olimpik acara 200m kupu-kupu

Leon Marchand
Leon Marchand dari Perancis meraikan kejayaan selepas memenangi emas dalam acara renang 200m kuak dada lelaki akhir semasa Sukan Olimpik Paris 2024 di Arena La Defense Paris di Nanterre, barat Paris, pada 31 Julai 2024. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Leon Marchand telah memenangi emas renang keduanya DI Sukan Olimpik Paris 2024 pada hari Rabu 31 Julai, apabila rangkul kejuaraan 200m kupu-kupu lelaki dalam catatan masa Olimpik baharu 1:51.21.

Marchand membuat gerakan pada saat akhir untuk melepasi perenang Hungary Kristof Milak, yang juga pemenang pingat emas Olimpik dan pemegang rekod dunia, yang mendapat perak dengan masa 1:51.75, hanya ketinggalan 0.54 saat.

Ilya Kharun dari Kanada meraih gangsa, pingat pertama untuk Kanada dalam acara ini.

Sorakan gemuruh penonton tuan rumah  yang memekakkan telinga di Arena La Defense memberi semangat kepada Marchand untuk mendahului selepas pusingan terakhir, yang menyaksikan perenang Perancis itu menerjang di bawah air,  dan kemudian memecut melepasi Milok untuk mencecah dinding penamat.

Kemenangan itu menandakan pingat emas kedua untuk Marchand, yang memenangi emas pertamanya dalam acara rampaian 400 individu pada Ahad 28 Julai.

Perenang Perancis itu kini telah mencipta dua rekod Olimpik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN