Pilihan Selangor pertahankan kejuaraan

Pilihan Selangor pertahankan kejuaraan

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama pemain Pilihan Selangor meraikan kemenangan selepas menewaskan Pilihan Singapura ketika perlawanan Piala Sultan Selangor 2024 di Stadium Merdeka.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan Pilihan Selangor mempertahankan kejuaraan Piala Sultan Selangor buat kali ketiga berturut-turut sejak 2018 selepas menang 2-1 ke atas Pilihan Singapura di Stadium Merdeka, sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di gelanggang penuh bersejarah itu turut menyaksikan Faisal Halim diletakkan dalam kesebelasan utama Selangor dan memakai lilitan kapten buat kali pertama musim ini.

Ketua jurulatih Pilihan Selangor, Nidzam Jamil juga menyenaraikan penyerang baharu Red Giants dari Jordan, Ali Olwan dalam kesebelasan utama.

AKSI Faisal Halim ketika Pilihan Selangor menentang Pilihan SIngapura bagi perebutan Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Pada aksi itu, Faisal mempamerkan aksi cukup bertenaga dan hampir mencetak nama penjaring namun beberapa percubaannya diselamatkan penjaga Singapura, Syazwan Buhari selain terkena palang pada masa kecederaan babak pertama.

Bersambung babak kedua, Nidzam melakukan lapan pertukaran termasuk mengeluarkan Faisal.

Pemain gantian, Ronnie Fernandez akhirnya memecah kebuntuan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-82 namun kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Faris Ramli menyamakan kedudukan, lima minit kemudian.

Memasuki masa kecederaan, Alvin Fortes berjaya mencetak gol kemenangan buat Selangor menerusi tindakan susulan selepas sepakan penaltinya diselamatkan Syazwan.

Ia menjadi kejuaraan ke-10 skuad Pilihan Selangor dalam Piala Sultan Selangor selepas menjulang trofi itu sembilan kali sebelum ini iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013, 2014, 2018 dan 2019.

Pasukan Pilihan Singapura pula menjuarai sebanyak tujuh kali iaitu pada 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2016 dan 2017.

Pada 2004 kedua-dua pasukan bergelar juara bersama manakala pada 2015 (edisi ke-14) terpaksa dibatalkan kerana jerebu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya