PETALING JAYA: Perjuangan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bagi acara keirin wanita Sukan Olimpik Paris 2024 berakhir selepas gagal mara ke pusingan seterusnya. Nurul Izzah sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga saringan pertama repechages di Saint-Quentin-en-Yvelines National Velodrome, sebentar tadi. Perlumbaan berkenaan dimenangi pemilik rekod dunia acara pecut, Kelsey Mitchell dari Kanada manakala pelumba Great Britain, Katy Marchant kedua. Dua tangga teratas mara ke pusingan seterusnya. Tumpuan Nurul Izzah seterusnya adalah dalam acara pecut individu wanita yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini.-UTUSAN
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya