MUNICH: Pengendali baharu Bayern Munich, Vincent Kompany memuji mentaliti skuadnya selepas bangkit menewaskan VfL Wolfsburg dalam aksi pembukaan mereka di Bundesliga, semalam. Jaringan minit ke-82 oleh Serge Gnabry membolehkan Bayern menang 3-2 di Wolfsburg dan memastikan Kompany yang menggantikan Thomas Tuchel lulus ujian pertamanya dalam saingan Bundesliga. Bayern mendahului menerusi Jamal Musiala minit ke-19 tetapi berdepan detik cemas pada awal babak kedua apabila menghadiahkan penalti dan melakukan kesilapan yang membolehkan tuan rumah di depan. Namun Gnabry dan Harry Kane bergandingan untuk gol kemenangan dan memastikan tiga mata untuk Bayern. “Saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya